AYER KEROH - 29 Ogos, Rumah kami sudah ade penyeri selepas selesai satu kes polis yang melibatkan salah seorang penghuni rumah ini. Selepas peristiwa yang kurang 'enak' itu berlaku, budak-budak rumah aku semua muke macam kera xbuang air seminggu...(hahaha ;0)
penyeri yang aku maksudkan tadi adalah seekor anak kucing terbiar yang aku jumpa kat tempat aku kerja part-time. Anak kucing ni asyik mencakar pintu kaca tempat aku bekerja je.. Aku terhibur dengan telatah anak kucing tu dan aku bawak balik ke rumah.. Aku siapkan 1 kotak kosong untuk anak kucing tu (buat rumah/tempat tido die)..
Di rumah, aku & kawan2 aku yang lain bagi anak kucing ni makan, bermain dengan die dan mandikan tubuh die yang kurus dah nak macam tubuh aku sendiri, hehehe... 2,3 hari selepas kucing tu kami jaga, baru lah die dapat 1 nama yang aku rasa sangat popular, TOM. kawan aku 'Prof' yg kasik nama tue hehehe... so 1 rumah pon pggil kucing tu TOM...
Seleps bersusah payah ke hulu ke hilir, aku survey sangkar kucing kat merata-rata kedai haiwan, aku pon berjaya jgak belikan 1 sgkar untuk TOM. RM35 murah je... Aku balik, aku ngn Mejar pasng sarang tu dan letak 1 kusyen untuk TOM beristirehat, huhuhu... kawan aku yang suke kucing jgk ckp mcm anak raja dah TOM ni..hehehe...
Hari ni aku pegi Mydin Mall MITC, dan aku belikan wiskas (cat food) untuk TOM. Kesian TOM, skrg ni dah la bulan puase, waktu aku sahur TOM sahur....waktu aku buka TOM pun buka... kadang2 makanan untuk TOM xsempat nak beli, sebab tu lah aku belikan Whiskas buat stanby....
emmmmm sampai sini dululah... Sesiapa yang tgk blog aku ni, layanlah video TOM tgh berbuka dgn kami ni, kami 1 rumah tergelak dgn telatah TOM menderam sambil kulum leher ayam...hehehe


No comments:
Post a Comment